Saturday, October 24, 2015

Bahayakah Demam Kepialu?

Di saat-saat Malaysia bergelut dengan jerebu sekarang, tidak semena-mena datang pula penyakit demam kepialu. Lama dah tak dengar demam kepialu ni. Rasa-rasanya masa zaman-zaman sekolah dulu lah kali terakhir dengar orang demam kepialu. Demam kepialu ni sebenarnya wabak penyakit bawaan makanan. Tentu sekali mereka-mereka yang rajin makan luar atau tak sempat menyediakan makanan sendiri dari rumah dek kesibukan kerja dan sebagainya berisiko terdedah dengan penyakit demam kepialu ni. Tambahan pula jika si penjual atau penyedia makanan terdiri dari kalangan warga asing yang kita pon tak dapat nak pastikan macamana imunisasi badan mereka dan macamana tahap kebersihan mereka. Ini memang menakutkan! 

Ehsan : Utusan

Dan laporan dari Kementerian Kesihatan Malaysia baru-baru ini menunjukkan terdapat peningkatan mereka yang positif demam kepialu.


Jom Kenal Demam Kepialu

Demam kepialu juga dikenali demam tifoid adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria salmonella typhi yang mencemari makanan dan minuman. Seseorang yang dijangkiti oleh demam kepialu, membawa bakteria ini di dalam darah dan usus. Mereka boleh mencemari makanan dan minuman melalui penyediaannya dan boleh menjangkiti orang lain. (Dr Aaisah Senin, KKM)



Friday, October 23, 2015

Memahami Radikal Bebas dan Hubungkait Dengan Antioksida

Bismillahirrahmanirrahim

Kita sering mendengar perkataan radikal bebas, faham radikal bebas adalah tidak baik untuk tubuh dan menjadi penyebab kepada pelbagai penyakit termasuk penyakit-penyakit kronik. Namun tidak semua dari kita memahami maksud sebenar radikal bebas.


Sebenarnya radikal bebas atau oksidan adalah suatu molekul yang terpisah dari molekul pasangannya sehingga pemisahan ini menyebabkan molekul ini kehilangan salah satu elektron yang disediakan oleh molekul pasangan bebasnya. Setiap elektron harus berpasangan agar nilainya seimbang. Jika terjadi pemisahan, maka molekul-molekul ini mula mencari pasangan elektronnya, biasanya dengan “mencuri” dari sel tubuh lain seterusnya merosakkan sel-sel tersebut. Radikal bebas ini bersifat sangat reaktif dan juga dapat menimbulkan perubahan kimia dan merosak berbagai komponen sel hidup seperti protein, lipid, karbohidrat, dan lain-lain. Lebih buruk lagi jika radikal bebas sudah terbentuk dalam tubuh maka akan terjadi reaksi berantai dan menghasilkan radikal bebas baru yang akhirnya jumlahnya terus bertambah. (peterpakerblog.com)




FAKTOR-FAKTOR KEHADIRAN RADIKAL BEBAS YG BANYAK DALAM TUBUH


Ada beberapa faktor penyebab kehadiran radikal bebas dalam tubuh. Antaranya proses biasa tubuh dalam menghasilkan tenaga. Proses ini melibatkan oksigen bertindakbalas dengan sebatian tubuh kadang-kadang menghasilkan radikal bebas yang sangat tidak stabil.


Faktor luaran lain adalah daripada alam sekitar seperti asap rokok, jerebu, alkohol, sinar uv, bahan kimia, radiasi dan lain-lain menambahkan lagi pembentukan radikal bebas.


Makanan fast food dan tinggi lemak seperti kentang goreng, mayonis, sos salad dan margerin


Wednesday, October 21, 2015

Cerita Bersalin Anak ke-3 Saya..

Assalamua'laikum pembaca blog semua.. 

Moga kalian sihat-sihat di bawah lindungan & rahmat Allah hendaknya.. Lama tak bersiaran.. Hari ni saya ingin berkongsi pengalaman bersalin saya baru-baru ni.. di Hospital Bainun Ipoh. Sebenarnya takde la baru sangat pon..

Pasti ramai juga mempunyai pengalaman yg berbeza-beza ketika menghadapi situasi genting bertarung nyawa melahirkan zuriat yg tercinta..

Alhamdulillah.. dgn izinNYA saya bersalin normal anak ke3 beberapa bulan lepas. Allah permudahkan perjalanan ini. Dengan jarak 9 tahun beza abg atasnya, momen bersalin sebenarnya memang satu pengalaman yang menakutkan bagi saya. Kesakitannya.. Masyaallah.. saya memang rasa trauma selepas bersalin anak pertama & kedua dulu. Mungkin ada antara mommies kat luar sana yang dok tengah sarat menunggu masa untuk bersalin, terfikir-fikir macam mana rasa bersalin. Walaupun lain orang lain pengalaman dan rasanya, saya ingin nak berkongsi cerita saya terutama buat mommies with 1st baby sekalian. Mudah-mudahan cerita saya sedikit sebanyak boleh menberi semangat positif dan keyakinan kepada mommies-mommies sekalian menghadapi saat-saat bersalin.

Ini lah cerita saya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...