Thursday, June 11, 2015

Tips Diet Bagi Pesakit Diabetes & Kaedah Rawatan Bagi Mengawal Diabetes Dari Menjadi Lebih Teruk

Assalamua'laikum,

Bila sebut penyakit kencing manis atau diabetes, paling menyentuh perasaan bila teringat Allahyarhamah mak long belah mak ct yang telah pergi 2 tahun lepas. Allahyarhamah mak long pengidap kencing manis yang kronik. Kakinya juga telah dipotong sehingga ke paras lutut akibat komplikasi kencing manis yang teruk. Dan di ketika akhir hayatnya, Allahyarhamah telah mengalami kerosakan di kedua-dua belah buah pinggang menyebabkan badannya mengalami bengkak air hingga ke peparu sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Al Fatihah untuk Allahyarhamah mak long Maznah Sidek. Moga beliau diampunkan segala dosa-dosanya & ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Tidak ketinggalan di sekeliling ct ramai juga termasuk insan-insan tersayang masih terbelenggu dengan ubat-ubatan mengawal penyakit kencing manis ni.

Manakala 2.6 juta rakyat Malaysia sendiri adalah penghidap diabetes mengikut rangkaan Kementerian Kesihatan Malaysis sempena Hari Diabetes 2014. Ini mungkin sangat dipengaruhi oleh faktor pemakanan dan gaya hidup masyarakat Malaysia.

Oleh itu, entri kali ini ct ingin kongsikan tips-tips mudah diet sihat bagi mereka yang menghidap kencing manis. Mudah-mudahan dengan perkongsian ini, mereka-mereka yang menghidap kencing manis peroleh idea dan panduan menjaga corak pemakanan harian tanpa meninggalkan saranan-saranan dan konsultasi dari doktor masing-masing.

Kenapa pesakit kencing manis mesti menjaga corak pemakanannya?   
sumber : dietoflife


Pesakit kencing manis mesti mengambil langkah berjaga-jaga terhadap corak pemakanan hariannya kerana untuk memastikan makanan yang diambil adalah seimbang dengan aras insulin badan. Aktiviti serta senaman yang dilakukan oleh pesakit  kencing manis juga turut membantu mengekalkan aras gula dalam darah dengan baik.

Ia bukan sahaja penting untuk keseimbangan badan dan pelan diet sihat tetapi adalah satu kemestian bagi mereka-mereka yang menghidapi penyakit kencing manis/diabetes.



Bagaimana pesakit kencing manis disarankan untuk makan?

Antaranya :

  • Menghadkan makanan tinggi kandungan gula.
  • Memakan hidangan yang kecil tetapi kerap.
  • Berhati-hati dan menghadkan berapa banyak makanan karbohidrat yang dimakan.
  • Banyakkan memakan makanan bijirin penuh seperti oat, beras perang dan roti bijirin penuh, buah-buahan, dan sayur-sayuran setiap hari.
  • Kurangkan makanan tinggi lemak seperti fast food, ayam goreng, aiskrim dan lain-lain lagi.
  • Kurangkan makanan bergaram.
  • Tidak ada pengambilan minuman beralkohol.
Tips ini menggalakkan pesakit diabetes memakan makanan yang tinggi mikronutrisi semulajadi dan untuk mengelakkan pelbagai masalah lain seperti komplikasi buah pinggang, lemah jantung, kerosakan mata sehingga boleh mengakibatkan buta, hilang deria rasa dan lain lain timbul pada masa akan datang. Diet seperti ini memerlukan pesakit kencing manis menahan diri dari pengambilan makanan berlemak dan tidak sihat. Ia adalah sangat penting untuk kesihatan bagi seorang pesakit kencing manis.

Selain dari itu, pesakit kencing manis perlu mengambil kira dalam memilih makanan yang tepat untuk dimakan.
Antaranya, dengan melihat ;
  • Qualiti nutrisi dalam sesuatu makanan kerana nutrien dalam makanan memberi impak berbeza kepada proses penghadaman dan penyerapan dalam badan.
  • Memilih pelbagai jenis makanan dari pelbagai kumpulan makanan
  • Paling penting memilih makanan  yang kaya dengan minerals, vitamin  dan fiber kerana makanan makanan ini penting dalam mengawal aras glukos dan kolestrol dalam darah  dan ia juga merupakan komponen penting dalam merawat pesakit kencing manis.
  • Ketahui saiz/'portion' setiap hidangan yang paling sesuai mengikut individu.
  • Terakhir, INGAT! Sentiasa berbincang dengan pakar nutrisi atau doktor anda dalam menyediakan plan diet sihat sebelum mengamalkan sebarang diet, mengikut keadaan pesakit kencing manis tersebut.

Walaubagaimanapun, pengambilan suplemen tambahan dari Shaklee banyak memberi sinar harapan kepada pesakit kencing manis, Inshaallah. Rawatlah kencing manis sebelum ianya menjadi lebih teruk. Jika penyakit kencing manis dapat dikenalpasti di peringkat awal, tindakan & kawalan perlu dilakukan. DOA, USAHA, IKHTIAR, TAWAKKAL!

Bantu mereka yang anda sayangi! Cegah sebelum parah!

Antara suplemen yang boleh diambil oleh pesakit kencing manis/diebates :-


Ketahui bagaimana VIVIX mampu menurunkan bacaan gula dalam darah, mencegah diabetes dari menjadi lebih teruk dan merawat luka teruk akibat diabates & testimoni mereka-mereka yang telah bebas dari belenggu penyakit kencing manis. Klik Di Sini.

Ingin terus mendapatkan VIVIX & Set Asas Diabetes

Set Diabetes

Atau,

Hubungi saya untuk harga istimewa ataupun terus menjadi ahli serta dapatkan konsultasi eksklusif khusus buat pelanggan saya.


PM: https://www.facebook.com/messages/sitinurra77
Blog: http://celiksihat.blogspot.com/
Email: sitinurra77@gmail.com
SMS/WhatsApp: 019-5146495
COD Area: Bt Gajah, Siputeh, Tronoh, Sri Iskandar


Monday, June 8, 2015

Sebab Saya Memilih Sustained Release Vita-C, 25 Manfaat Untuk Badan, Kulit Dan Rambut

Vitamin C, vitamin paling popular dari vitamin lain. Badan kita guna banyak vitamin C dari hujung rambut hingga hujung kaki sebab ia penting untuk tumbesaran dan baiki sel.


Di Shaklee, Vitamin C dikenali sebagai Sustained Release Vita-C.
Apa itu sustained release? Ia bermaksud proses di mana diformulasikan khas agar ia dapat dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Atau dalam erti kata lain ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu. Dan ia juga bersifat larut air maka, sesiapa yang memakan Vitamin C dinasihatkan minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.


  


25 kebaikan Vitamin C untuk badan, kulit dan rambut :-
sumber:
http://www.stylecraze.com/articles/amazing-benefits-of-vitamin-c-for-skin-hair-and-health/


Kebaikan Vitamin C Untuk Badan

1. Imunisasi / Daya Tahan Badan

Dos yang betul bagi Vitamin C akan melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.

Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia juga diperlukan untuk membina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang dimakan boleh membantu luka cepat sembuh, juga mampu melindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.

2. Melindungi Dari Demam Biasa

Vitamin C mampu mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan dan selesema.Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.

3. Agen Anti-Oksida

Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yang memberi kesan tekanan oksidatif atau 'sel karat'. Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.

4. Merendahkan/Menyeimbang Tekanan Darah

Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.

5. Saluran Darah

Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik. Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.

6. Mengimbangi Fungsi Badan Dari Keracunan Plumbum

Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak. Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah tumbesaran terutama di kalangan kanak-kanak.
Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi disebabkan oleh keracunan plumbum.

7. Untuk Kurus

Vitamin C telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yang ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dalam jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan.
Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya Vitamin C boleh merendahkan paras insulin, di samping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan.

8. Mengawal Tekanan Badan

Vitamin C membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.

9. Melindungi Mata Dari Mudah Mendapat Penyakit Katarak

Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap, menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadi buta di kalangan orang dewasa.

Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi bole menhalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg Vitamin C sehari boleh mengelakkan katarak dan meningkatkan penglihatan.

10. Menjauhi Penyaki Barah

Ciri-ciri anti oksida pada Vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan.
Vitamin C juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut,tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Ia juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu anti-oksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tetapi meningkatkan fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...