Saturday, October 24, 2015

Bahayakah Demam Kepialu?

Di saat-saat Malaysia bergelut dengan jerebu sekarang, tidak semena-mena datang pula penyakit demam kepialu. Lama dah tak dengar demam kepialu ni. Rasa-rasanya masa zaman-zaman sekolah dulu lah kali terakhir dengar orang demam kepialu. Demam kepialu ni sebenarnya wabak penyakit bawaan makanan. Tentu sekali mereka-mereka yang rajin makan luar atau tak sempat menyediakan makanan sendiri dari rumah dek kesibukan kerja dan sebagainya berisiko terdedah dengan penyakit demam kepialu ni. Tambahan pula jika si penjual atau penyedia makanan terdiri dari kalangan warga asing yang kita pon tak dapat nak pastikan macamana imunisasi badan mereka dan macamana tahap kebersihan mereka. Ini memang menakutkan! 

Ehsan : Utusan

Dan laporan dari Kementerian Kesihatan Malaysia baru-baru ini menunjukkan terdapat peningkatan mereka yang positif demam kepialu.


Jom Kenal Demam Kepialu

Demam kepialu juga dikenali demam tifoid adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria salmonella typhi yang mencemari makanan dan minuman. Seseorang yang dijangkiti oleh demam kepialu, membawa bakteria ini di dalam darah dan usus. Mereka boleh mencemari makanan dan minuman melalui penyediaannya dan boleh menjangkiti orang lain. (Dr Aaisah Senin, KKM)



Friday, October 23, 2015

Memahami Radikal Bebas dan Hubungkait Dengan Antioksida

Bismillahirrahmanirrahim

Kita sering mendengar perkataan radikal bebas, faham radikal bebas adalah tidak baik untuk tubuh dan menjadi penyebab kepada pelbagai penyakit termasuk penyakit-penyakit kronik. Namun tidak semua dari kita memahami maksud sebenar radikal bebas.


Sebenarnya radikal bebas atau oksidan adalah suatu molekul yang terpisah dari molekul pasangannya sehingga pemisahan ini menyebabkan molekul ini kehilangan salah satu elektron yang disediakan oleh molekul pasangan bebasnya. Setiap elektron harus berpasangan agar nilainya seimbang. Jika terjadi pemisahan, maka molekul-molekul ini mula mencari pasangan elektronnya, biasanya dengan “mencuri” dari sel tubuh lain seterusnya merosakkan sel-sel tersebut. Radikal bebas ini bersifat sangat reaktif dan juga dapat menimbulkan perubahan kimia dan merosak berbagai komponen sel hidup seperti protein, lipid, karbohidrat, dan lain-lain. Lebih buruk lagi jika radikal bebas sudah terbentuk dalam tubuh maka akan terjadi reaksi berantai dan menghasilkan radikal bebas baru yang akhirnya jumlahnya terus bertambah. (peterpakerblog.com)




FAKTOR-FAKTOR KEHADIRAN RADIKAL BEBAS YG BANYAK DALAM TUBUH


Ada beberapa faktor penyebab kehadiran radikal bebas dalam tubuh. Antaranya proses biasa tubuh dalam menghasilkan tenaga. Proses ini melibatkan oksigen bertindakbalas dengan sebatian tubuh kadang-kadang menghasilkan radikal bebas yang sangat tidak stabil.


Faktor luaran lain adalah daripada alam sekitar seperti asap rokok, jerebu, alkohol, sinar uv, bahan kimia, radiasi dan lain-lain menambahkan lagi pembentukan radikal bebas.


Makanan fast food dan tinggi lemak seperti kentang goreng, mayonis, sos salad dan margerin


Wednesday, October 21, 2015

Cerita Bersalin Anak ke-3 Saya..

Assalamua'laikum pembaca blog semua.. 

Moga kalian sihat-sihat di bawah lindungan & rahmat Allah hendaknya.. Lama tak bersiaran.. Hari ni saya ingin berkongsi pengalaman bersalin saya baru-baru ni.. di Hospital Bainun Ipoh. Sebenarnya takde la baru sangat pon..

Pasti ramai juga mempunyai pengalaman yg berbeza-beza ketika menghadapi situasi genting bertarung nyawa melahirkan zuriat yg tercinta..

Alhamdulillah.. dgn izinNYA saya bersalin normal anak ke3 beberapa bulan lepas. Allah permudahkan perjalanan ini. Dengan jarak 9 tahun beza abg atasnya, momen bersalin sebenarnya memang satu pengalaman yang menakutkan bagi saya. Kesakitannya.. Masyaallah.. saya memang rasa trauma selepas bersalin anak pertama & kedua dulu. Mungkin ada antara mommies kat luar sana yang dok tengah sarat menunggu masa untuk bersalin, terfikir-fikir macam mana rasa bersalin. Walaupun lain orang lain pengalaman dan rasanya, saya ingin nak berkongsi cerita saya terutama buat mommies with 1st baby sekalian. Mudah-mudahan cerita saya sedikit sebanyak boleh menberi semangat positif dan keyakinan kepada mommies-mommies sekalian menghadapi saat-saat bersalin.

Ini lah cerita saya..

Friday, July 3, 2015

Kenali VIVIX, Bagaimana VIVIX Merawat Diabetes & Testimoni Pesakit Diabetes Menggunakan VIVIX

Secara ringkasnya diabetes adalah keadaan dimana paras gula dalam darah seseorang melebihi paras normal (selalunya dikaitkan sebagai metabolic disease)

Diabetes terbahagi kepada dua jenis :-
  • Jenis 1 
Pankreas tidak dapat menghasilkan insulin.
Oleh itu, pesakit memerlukan suntikan insulin. Selalunya pesakit kencing manis jenis satu disebabkan oleh  faktor genetik. Sebab itu, kadang-kadang diabetes ini juga terjadi di kalangan kanak-kanak.
  •  Jenis 2
Sel tidak dapat menggunakan insulin yang telah dihasilkan oleh badan untuk mencernakan gula. Ini mungkin disebabkan oleh jumlah insulin yang dihasilkan tidak mencukupi atau sel badan/receptor tidak mampu menggunakan insulin yang telah dihasilkan.
Ia juga boleh disebabkan oleh faktor genetik, gaya hidup dan corak pemakanan seseorang. Diabetes Jenis 2 boleh dikawal dengan perubahan diet seimbang / ubat. Tidak semestinya memerlukan suntikan insulin tapi kadan-kadang suntikan insulin digunakan dalam kaedah kawalan dan rawatan diabetes.

Apakah fungsi insulin?

Insulin adalah hormon yang berfungsi untuk mengawal jumlah gula yang diserap dalam darah. Ia dihasilkan oleh beta-cell jika paras gula dalam darah bertambah.

Antara simptom-simptom biasa diabetes

  • Kerap buang air kencing
  • Kerap lapar & dahaga
  • Luka yang lambat sembuh
  • Jangkitan pada sistem pembuangan air kencing dan kemaluan
  • Kebas kaki tangan
  • Letih dan lesu
  • Berat badan menurun tanpa sebab

 

Bagaimana VIVIX ShakleeMerawat Diabetes?


Kenali VIVIX

RAWAT DIABETES
Vivix adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan Muscadine Grape, Purple Carrot, Elderberry dan Polgonum Cuspidatum (Knotweed Jepun). Di dalam Vivix terdapat ramuan yang dipanggil resveratrol yang bersifat anti oksida, anti inflamasi dan anti kanser.

Resveratrol ialah sejenis phenol semulajadi yang wujud di dalam tumbuhan anggur terutamanya jenis muskat dan anggur kulit merah serta Knotweed Jepun. Kajian saintifik menunjukkan resveratrol sangat memainkan peranan dalam memanjangkan usia kerana ia dapat melawan penuaan pada tahap sellular dan lebih dari itu.

Antara fungsi-fungsi VIVIX




Resveratrol di dalam VIVIX Shaklee berfungsi menurunkan paras gula dalam darah pesakit diabetes sekaligus mengawal penyakit ini melalui 2 cara berikut :-

1. Meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin

Rintangan insulin adalah satu daripada faktor penyumbang utama diabetes. Jika sensitiviti tubuh terhadap insulin dapat ditingkatkan, peluang diabetes/kencing manis dapat dikurangkan.
Apabila tubuh kita hilang sensitiviti terhadap insulin, tubuh akan mengeluarkan lebih banyak insulin untuk mengawal aras gula dalam darah. Resveratrol berfungsi dengan meningkatkan sensitiviti tubuh kita terhadap insulin. Oleh itu jumlah insulin yang diperlukan untuk mengawal aras gula dalam darah sahaja yang dikeluarkan oleh tubuh.








 2. Mengaktifkan enzim SIRT1 sangat berkuasa dalam tubuh kita.
 Untuk mencegah atau menyembuhkan diabetes/ kencing manis, satu enzim iaitu dikenali sebagai enzim SIRT1 mestilah diaktifkan yang mana enzim ini bertanggungjawab terhadap rembesan hormon insulin dan enzim.







JOM TENGOK..!  

Antara testimoni mereka yang berjaya mengamalkan VIVIX untuk merawat diabetes, strok & kanser :-

1. Bacaan diabetes ibu mertua rendah selepas 5 hari makan VIVIX 

UBAT SEMBUH DIABETES
2. Bacaan diabetes mak tertinggi sehingga 29 turun kepada 11 selepas mengamalkan VIVIX, penghidap diabetes tegar.
                                                                              
3. 14 tahun menghidap diabetes, bebas diabetes selepas mengamalkan VIVIX

4. Pesakit strok separuh badan kembali pulih sehingga boleh berjalan sendiri setelah mengamalkan VIVIX.


Walaubagaimanapun, VIVIX bukanlah ubat bagi rawatan penyakit kronik. VIVIX hanyalah suplemen makanan tambahan bagi meningkatkan tahap kesihatan yang lebih baik dan mencegah daripada mendapat penyakit kronik atau kemelaratan penyakit kronik. Manusia memang dituntut untuk berusaha & berikhtiar mencari penawar bagi sesuatu penyakit, namun Allah jua yang menentukan kesembuhan. Doa, usaha, ikhtiar & tawakkal tanpa jemu, Inshaallah Allah akan membuka jalan-jalan penyelesaian.

Untuk konsultasi,

Hubungi saya
PM: https://www.facebook.com/messages/sitinurra77
Blog: http://celiksihat.blogspot.com/
Email: sitinurra77@gmail.com
SMS/WhatsApp: 019-5146495
COD Area: Bt Gajah, Siputeh, Tronoh, Sri Iskandar
 

Thursday, June 11, 2015

Tips Diet Bagi Pesakit Diabetes & Kaedah Rawatan Bagi Mengawal Diabetes Dari Menjadi Lebih Teruk

Assalamua'laikum,

Bila sebut penyakit kencing manis atau diabetes, paling menyentuh perasaan bila teringat Allahyarhamah mak long belah mak ct yang telah pergi 2 tahun lepas. Allahyarhamah mak long pengidap kencing manis yang kronik. Kakinya juga telah dipotong sehingga ke paras lutut akibat komplikasi kencing manis yang teruk. Dan di ketika akhir hayatnya, Allahyarhamah telah mengalami kerosakan di kedua-dua belah buah pinggang menyebabkan badannya mengalami bengkak air hingga ke peparu sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Al Fatihah untuk Allahyarhamah mak long Maznah Sidek. Moga beliau diampunkan segala dosa-dosanya & ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Tidak ketinggalan di sekeliling ct ramai juga termasuk insan-insan tersayang masih terbelenggu dengan ubat-ubatan mengawal penyakit kencing manis ni.

Manakala 2.6 juta rakyat Malaysia sendiri adalah penghidap diabetes mengikut rangkaan Kementerian Kesihatan Malaysis sempena Hari Diabetes 2014. Ini mungkin sangat dipengaruhi oleh faktor pemakanan dan gaya hidup masyarakat Malaysia.

Oleh itu, entri kali ini ct ingin kongsikan tips-tips mudah diet sihat bagi mereka yang menghidap kencing manis. Mudah-mudahan dengan perkongsian ini, mereka-mereka yang menghidap kencing manis peroleh idea dan panduan menjaga corak pemakanan harian tanpa meninggalkan saranan-saranan dan konsultasi dari doktor masing-masing.

Kenapa pesakit kencing manis mesti menjaga corak pemakanannya?   
sumber : dietoflife


Pesakit kencing manis mesti mengambil langkah berjaga-jaga terhadap corak pemakanan hariannya kerana untuk memastikan makanan yang diambil adalah seimbang dengan aras insulin badan. Aktiviti serta senaman yang dilakukan oleh pesakit  kencing manis juga turut membantu mengekalkan aras gula dalam darah dengan baik.

Ia bukan sahaja penting untuk keseimbangan badan dan pelan diet sihat tetapi adalah satu kemestian bagi mereka-mereka yang menghidapi penyakit kencing manis/diabetes.



Bagaimana pesakit kencing manis disarankan untuk makan?

Antaranya :

  • Menghadkan makanan tinggi kandungan gula.
  • Memakan hidangan yang kecil tetapi kerap.
  • Berhati-hati dan menghadkan berapa banyak makanan karbohidrat yang dimakan.
  • Banyakkan memakan makanan bijirin penuh seperti oat, beras perang dan roti bijirin penuh, buah-buahan, dan sayur-sayuran setiap hari.
  • Kurangkan makanan tinggi lemak seperti fast food, ayam goreng, aiskrim dan lain-lain lagi.
  • Kurangkan makanan bergaram.
  • Tidak ada pengambilan minuman beralkohol.
Tips ini menggalakkan pesakit diabetes memakan makanan yang tinggi mikronutrisi semulajadi dan untuk mengelakkan pelbagai masalah lain seperti komplikasi buah pinggang, lemah jantung, kerosakan mata sehingga boleh mengakibatkan buta, hilang deria rasa dan lain lain timbul pada masa akan datang. Diet seperti ini memerlukan pesakit kencing manis menahan diri dari pengambilan makanan berlemak dan tidak sihat. Ia adalah sangat penting untuk kesihatan bagi seorang pesakit kencing manis.

Selain dari itu, pesakit kencing manis perlu mengambil kira dalam memilih makanan yang tepat untuk dimakan.
Antaranya, dengan melihat ;
  • Qualiti nutrisi dalam sesuatu makanan kerana nutrien dalam makanan memberi impak berbeza kepada proses penghadaman dan penyerapan dalam badan.
  • Memilih pelbagai jenis makanan dari pelbagai kumpulan makanan
  • Paling penting memilih makanan  yang kaya dengan minerals, vitamin  dan fiber kerana makanan makanan ini penting dalam mengawal aras glukos dan kolestrol dalam darah  dan ia juga merupakan komponen penting dalam merawat pesakit kencing manis.
  • Ketahui saiz/'portion' setiap hidangan yang paling sesuai mengikut individu.
  • Terakhir, INGAT! Sentiasa berbincang dengan pakar nutrisi atau doktor anda dalam menyediakan plan diet sihat sebelum mengamalkan sebarang diet, mengikut keadaan pesakit kencing manis tersebut.

Walaubagaimanapun, pengambilan suplemen tambahan dari Shaklee banyak memberi sinar harapan kepada pesakit kencing manis, Inshaallah. Rawatlah kencing manis sebelum ianya menjadi lebih teruk. Jika penyakit kencing manis dapat dikenalpasti di peringkat awal, tindakan & kawalan perlu dilakukan. DOA, USAHA, IKHTIAR, TAWAKKAL!

Bantu mereka yang anda sayangi! Cegah sebelum parah!

Antara suplemen yang boleh diambil oleh pesakit kencing manis/diebates :-


Ketahui bagaimana VIVIX mampu menurunkan bacaan gula dalam darah, mencegah diabetes dari menjadi lebih teruk dan merawat luka teruk akibat diabates & testimoni mereka-mereka yang telah bebas dari belenggu penyakit kencing manis. Klik Di Sini.

Ingin terus mendapatkan VIVIX & Set Asas Diabetes

Set Diabetes

Atau,

Hubungi saya untuk harga istimewa ataupun terus menjadi ahli serta dapatkan konsultasi eksklusif khusus buat pelanggan saya.


PM: https://www.facebook.com/messages/sitinurra77
Blog: http://celiksihat.blogspot.com/
Email: sitinurra77@gmail.com
SMS/WhatsApp: 019-5146495
COD Area: Bt Gajah, Siputeh, Tronoh, Sri Iskandar


Monday, June 8, 2015

Sebab Saya Memilih Sustained Release Vita-C, 25 Manfaat Untuk Badan, Kulit Dan Rambut

Vitamin C, vitamin paling popular dari vitamin lain. Badan kita guna banyak vitamin C dari hujung rambut hingga hujung kaki sebab ia penting untuk tumbesaran dan baiki sel.


Di Shaklee, Vitamin C dikenali sebagai Sustained Release Vita-C.
Apa itu sustained release? Ia bermaksud proses di mana diformulasikan khas agar ia dapat dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Atau dalam erti kata lain ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu. Dan ia juga bersifat larut air maka, sesiapa yang memakan Vitamin C dinasihatkan minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.


  


25 kebaikan Vitamin C untuk badan, kulit dan rambut :-
sumber:
http://www.stylecraze.com/articles/amazing-benefits-of-vitamin-c-for-skin-hair-and-health/


Kebaikan Vitamin C Untuk Badan

1. Imunisasi / Daya Tahan Badan

Dos yang betul bagi Vitamin C akan melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.

Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia juga diperlukan untuk membina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang dimakan boleh membantu luka cepat sembuh, juga mampu melindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.

2. Melindungi Dari Demam Biasa

Vitamin C mampu mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan dan selesema.Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.

3. Agen Anti-Oksida

Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yang memberi kesan tekanan oksidatif atau 'sel karat'. Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.

4. Merendahkan/Menyeimbang Tekanan Darah

Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.

5. Saluran Darah

Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik. Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.

6. Mengimbangi Fungsi Badan Dari Keracunan Plumbum

Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak. Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah tumbesaran terutama di kalangan kanak-kanak.
Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi disebabkan oleh keracunan plumbum.

7. Untuk Kurus

Vitamin C telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yang ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dalam jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan.
Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya Vitamin C boleh merendahkan paras insulin, di samping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan.

8. Mengawal Tekanan Badan

Vitamin C membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.

9. Melindungi Mata Dari Mudah Mendapat Penyakit Katarak

Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap, menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadi buta di kalangan orang dewasa.

Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi bole menhalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg Vitamin C sehari boleh mengelakkan katarak dan meningkatkan penglihatan.

10. Menjauhi Penyaki Barah

Ciri-ciri anti oksida pada Vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan.
Vitamin C juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut,tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Ia juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu anti-oksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tetapi meningkatkan fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah.

Tuesday, April 14, 2015

Bagaimana Lecithin Si Pengemulsifier Lemak Berfungsi?

Memandangkan bulan ini adalah bulan promosi suplemen LECITHIN, ct nak sharekan satu entri, eksperimen berkenaan bagaimana lecithin berfungsi sebagai pengemulsi lemak dalam badan manusia.

Dalam eksperimen ini, ct ada menggunakan satu lagi ubat sintetik yang diarahkan oleh doktor untuk diambil oleh hasben ct untuk mereka yang tinggi kolestrol & mempunyai risiko terkena serangan jantung ataupun strok.

Sebelum ct tunjukkan kaedah, keputusan & rumusan eksperimen.. diharap pembaca telah pun membaca & mengenali lecithin. Ringkasannya ct tulis juga di sini & buat perbandingan dengan ubat sintetik Simvastatin.

LECITHIN
 - Lecithin diekstrak dr bahan semulajadi kacang soya organik bukan-GMO yg mana setiap kapsulnya mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin berfungsi menyerap vitamin larut lemak.
- Lecithin bertindak sebagai pembersih salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid di dalam tubuh.
- Juga berfungsi sebagai penggalak peredaran darah, memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis.

UBAT SINTETIK KOLESTROL  (rujuk : www.drugs.com)
- Ubat sintetik kolestrol adalah jenis ubat sintetik terkawal jenis dadah yang hanya diberikan kepada pesakit di atas arahan doktor untuk jangkamasa tertentu sahaja.
- Ia diberikan kepada pesakit yang berisiko tinggi diserang sakit jantung akibat kolestrol yang tinggi
- Ubat sintetik kolestrol berfungsi untuk menurunkan kolestrol 'jahat' (LDL) dan triglycerides dalam darah dan meningkatkan kolestrol 'baik' (HDL)
- Ia hanya diberikan kepada mereka yang berisiko terkena serangan jantung/serangan jantung coronary, strok, penyakit berkaitan jantung oleh pesakit diabetis dll
- Kesan negatif jangkamasa panjang pengambilan ubat ini adalah seperti kegagalan organ hati & buah pinggang.

Nota Tambahan : Dalam eksperimen ini ubat sintetik kolestrol digunakan sebagai bahan perbandingan sahaja. Nilai bagaimana ubat sintetik kolestrol ini mengurangkan kadar kolestrol adalah tidak dapat disukat. 

EKSPERIMEN

OBJEKTIF : MENGUJI KEBOLEHUPAYAAN LECITHIN MENGEMULSI / MENGURAIKAN LEMAK / MINYAK DI DALAM CAMPURAN AIR & MINYAK


Rumusan,

1. Sebatian yang mengandungi pil sintetik kolestrol didapati masih terdapat garis minyak walaupun setelah campuran dikacau sehingga sebati. Ini menunjukkan pil sintetik kolestrol bukan jenis pil pengurai/pengemulsi lemak/minyak.

2. Sebatian yang mengandungi pil lecithin pula setelah dikacau dengan sebati menunjukkan perubahan minyak terurai/teremulsi kepada molekul2 yang lebih kecil. Ini menunjukkan lecithin adalah makanan pengurai lemak & lemak yang terurai ini akan memudahkan proses pencernaan di dalam usus kelak. Lemak yang tidak terurai boleh menyebabkan mendapan pada dinding2 saluran darah & jadi penyebab kepada penyumbatan saluran darah & kolestrol menjadi tinggi. Oleh itu pengambilan suplemen lecithin yang semulajadi amat membantu tubuh manusia untuk mengemulsi makanan berlemak yang masuk ke dalam badan.
3. Penyahtoksidaan akan menjadi lebih efisyen dengan suplemen tambahan Alfalfa/HerbLax bagi tujuan pembuangan lemak keluar terus dari badan. Minyak/makanan berleak tidak akan sempat untuk mengambil ruang untuk mendap pada saluran2 darah.. justeru kolestroldapat dikawal dalam badan manusia.

Oleh itu, marilah kita bersama2 membasmi mknn berlemak dari badan dengan cara pemakanan yg sihat & mengambil tindakan membuang lemak berlebihan dalam badan dengan segera melalui kaedah yang semulajadi & sihat. PILIHAN DI TANGAN ANDA..!! 


Monday, April 13, 2015

Kenali Lecithin Si Pengemulsifier Lemak Badan


LECITHIN

Lecithin merupakan suplemen yang diekstrak dari kacang soya organic bukan-GMO. Setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin. Inositol, fosforus dan lemak tak tepu. Lecithin membantu tubuh dalam menyerap vitamin A, D, E, K yang larut lemak.

      Kepentingan Lecithin :

Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Kandungan Lecithin :
Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
Kolin – satu komponen neurotransmitter.
Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.

Kegunaan Lecithin :

1. PALING UTAMA
  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.

2. PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
  • Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
  • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.

3. UNTUK WARGA TUA
  • Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
  • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.

4. UNTUK PENGHADAMAN
  • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman 

5. UNTUK SEL
  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
  • Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita

6. UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
  • Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...